Tuesday 19 November 2013

Remaja hilang ?? Villa Nabila???hmmm



Sedang hangat dan panas dan terbakar punya cerita yg tersebar di laman sosial mengenai kes remaja hilang di Villa Nabila . Kononnya , 23 org remaja hilang ketika pergi ke tempat tersebut .
Entah maklumat mana yg popular sehingga satu Malaysia gempar . Perkara sebegini seolah-olah mempermainkan Pihak Berkuasa .. Gua sedikit geli hati lah saat tahu cerita sebenar pasal kjadian ni . Tertipu2 . .Gua percaya yang Villa tersebut memang ada PENUNGGU .
Biasalah , tempat yang sdh lama dtinggalkan.  cuma cerita yg satu ni agak pelik lah juga .
Menurut sumber yg gua jumpalah .. bunyinya begini :

 Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu di Villa Nabila telah ditemui selepas tengah malam tadi. Apa yang peliknya, dia bukan ditemui di lokasi kejadian tetapi di Flat Desa Mutiara, jauh dari Villa Nabila. Menurut sumber, Izzat dan rakannya, dikatakan menonton filem Highland Tower.

Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat ‘keras’ untuk dikunjungi secara berkumpulan. Dalam kumpulan kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi.

Setelah berada di situ, semua keluar melalui jalan belakang, dan berhenti rehat di Masjid Kolam Air sewaktu azan berkumandang, sebelum mereka bersurai. Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.



Mau lebih lanjut ? hah pegi sini -->http://rx.hu/mbwb

No comments:

Post a Comment