Tangan itu ,
pernah menggendong aku,
membelai kasih dengan jemarinya,
yang selalu ku salam ku kucup lembut,
siapa sangka jemari yang ku genggam selalu
memberi restu untuk hidup
Bibir itu ,
tika dahulu menjadi teman sehingga ku lena,
yang selalu menguntum manis di setiap hariku,
walau waktu itu aku berduka ,
namun ia seperti radio
yang memutar merdu lagu-lagu indah
mengiringi langkah berlari di atas dunia
Mata itu ,
siapa sangka hanya sepasang kembar yang kecil
tidak mampu menyimpan makna yang dalam
kadangkala aku faham dan kadangkala diam
namun pabila hujan mengalir daripadanya,
hatiku ini mulai resah
Ya Tuhan ,
ku lihat tubuh itu kaku tidak bernyawa.
besarnya kain putih itu bersedia membaluti
Izinkan aku memelukya untuk kali yang terakhir
jasad ibuku yang bakal ku rindui.
Sunday 8 December 2013
Friday 6 December 2013
pagi awesome
Di pagi buta yang awesome ,
fuh habis sakit segala tulang belakang , pinggang dan badan .
Maklumlah , orang kata kalau hendak berjaya kena berusaha . Tgh berusahalah cari arikel2 yang berkaitan dgn tugasan cuti sekolah yang diberi . Agak2lah cikgu banyak ni . Tidak mengapa . Yang penting ilmu.
Aku sekadar mencoret saja di blog aku . Sekadar menulis apa yang minda mahu tulis .
Cuti sekolah tahun 2013 , susah mahu bahagikan masa . Hendak belajar , hendak bermain dan paling penting dalam rancangan iaitu BEKERJA. walaupun umur terlalu awal tetapi apa salahnya . Tambah duit untuk beli apa yang patut . Esok bermulanya misi pencarian kerja . Apalgi partime lah jawabnya . Yang penting money . Bukan materialistik tapi money yg amat diperlukan .
Mata sudah memaksa-maksa aku utk tidur. Tidurlah untuk beberapa jam kan ? Semoga aku dan kawan2 aku sekalian terbangun subuh esok .. terutama aku ..
salam Jumaat . ALLAHUAKBAR .
zzzzzzzzzz

Subscribe to:
Posts (Atom)