Sunday 8 December 2013

Puisi untuk dia

Tangan itu ,
pernah menggendong aku,
membelai kasih dengan jemarinya,
yang selalu ku salam ku kucup lembut,
siapa sangka jemari yang ku genggam selalu
memberi restu untuk hidup

Bibir itu ,
tika dahulu menjadi teman sehingga ku lena,
yang selalu menguntum manis di setiap hariku,
walau waktu itu aku berduka ,
namun ia seperti radio
yang memutar merdu lagu-lagu indah
mengiringi langkah berlari di atas dunia

Mata itu ,
siapa sangka hanya sepasang kembar yang kecil
tidak mampu menyimpan makna yang dalam
kadangkala aku faham dan kadangkala diam
namun pabila hujan mengalir daripadanya,
hatiku ini mulai resah

Ya Tuhan ,
ku lihat tubuh itu kaku tidak bernyawa.
besarnya kain putih itu bersedia membaluti
Izinkan aku memelukya untuk kali yang terakhir
jasad ibuku yang bakal ku rindui.





Friday 6 December 2013

pagi awesome

Di pagi buta yang awesome  ,
fuh habis sakit segala tulang belakang , pinggang dan badan .
Maklumlah , orang kata kalau hendak berjaya kena berusaha . Tgh berusahalah cari arikel2 yang  berkaitan dgn tugasan cuti sekolah yang diberi . Agak2lah cikgu banyak ni . Tidak mengapa . Yang penting ilmu.
Aku sekadar mencoret saja di blog aku . Sekadar menulis apa yang minda mahu tulis .
Cuti sekolah tahun 2013 , susah mahu bahagikan  masa . Hendak belajar , hendak bermain dan paling penting dalam rancangan iaitu BEKERJA. walaupun umur terlalu awal tetapi apa salahnya . Tambah duit untuk beli apa yang patut . Esok bermulanya misi pencarian kerja . Apalgi partime lah jawabnya . Yang penting money . Bukan materialistik tapi money yg amat diperlukan .
Mata sudah memaksa-maksa aku utk tidur. Tidurlah untuk beberapa jam kan ? Semoga aku dan kawan2 aku sekalian terbangun subuh esok .. terutama aku ..
salam Jumaat . ALLAHUAKBAR .



zzzzzzzzzz

Tuesday 26 November 2013

Apa nak jadi???

apa nak jadi ni , dua kali Allah kejutkan aku subuh pagi tadi
x bangun2 jugak .. tido balek pulak.
Haiyaa , pe nak jadi ni .. berdosa aku ...

Hari ni , aku berangkat ke Kota Kinabalu .
Ayah aku nak kahwin baru ..
hehe , anak mesti datang kan ..


Time2 gini pun belum tertido lagi ,
Kejap cek FB , kejap bukak We chat,..
Ok perut pun sudah kenyang .
Tinggal aku aje ni blum berjumpa sang kekasih mimpi ...
Aku bukak balek tablet aku , Subhanallah , alhamdulillah ...
pehal 'ter' reset semula ni .. habis semua terpaksa install balek , setting balek ..
Fuh mmg nasib malang gua lah di pagi buta ni ..

Friday 22 November 2013

???

kadangkala yang tercoret itu mampu menjadi kisah...

Wednesday 20 November 2013

Harapan yang berendam

Tak tahu mahu mula bagaimana atau dari mana ...
Aku hanya mampu coret saja .. apa terbuku di hati ..

Aku nak ubah cara hidup keluarga aku . Aku nak ajak mereka semua lebih dekatkan diri dgn Allah .
Tapi , aku hanya seorg anak . Mahukah kedua ibubapa aku sendiri menurut kemahuan aku . ?
Hasrat utk aku merantau jauh selepas SPM nnti sudah aku beritahu umi aku . 
Aku tahu dia tdak mahu berjauhan dgn aku . 
Aku cuma mahu menambah ilmu didada .
tapi apa cara lagi aku mahu menuntut ilmu agama Islam kalau setiap kali keinginan aku , ada saja ditepis oleh alasan umi . Apa salah aku ..? Salah kah aku mahu tuntut ilmu Agama . 
Sehinggakan aku mahu menuntut ilmu di skolah pondok pun , umi tdak mmbenarkan kerana takut aku terpengaruh ajaran sesat .
Asragfirullah , aku tdak mahu bercerita lebih kerana takut mengaibkan ibu sendiri .
tetapi percayalah , wahai blog ... aku teringin menambah ilmu Islam didada dengan merantau ..
Ya persoalan bagi org lain : knapa tdak di tempat sendiri??
di tempat aku ini , susah untuk ikut 100 peratus Islam . Mungkin ya aku akur mungkin sbb adat .
Jujur aku katakan , manusia di negeri aku terlalu banyak etnik, agama , budaya , kaum .. Sbb itu terlalu pentingkan adat dan pantang larang . Apa yang terpancul keluar daripada mulut para nenek moyang yg berpegang pada adat , semua percaya . Ya aku tahu tdak semua begitu . tetapi 50 pratus adat 50 pratus Islam yg mereka praktikkan . Ada pula yg langsung tdak mempraktikkan cara Islam . Sehinggakan 
sanggup beranggapan .. kdang2 amalan Islam itu sesat ... sedangkan mereka sendiri tdak belajar , tdak teroka Islam yg mempunyai mazhab , tdak mendalami Islam sedalamnya .
Aku tdak berniat memburukkan bangsa aku sendiri , cuma ... Aku mohon .... 
Ya Allah , berilah kesedaran buat umatMU ini agar berpegang teguh kepada Islam dan Taat akan PerintahMU..
Aku bercita-cita utk jadi seorg pemuda yg hebat dalam menegakkan syiar Islam . Siapa yg tdak ingin syahid di jalan Allah . 
Semoga Allah permudahkan segala urusanku ...dan dipermudahkan juga segala kepayahan hidupku

Pemuda berdosa

Bismillahirahmanirahim

Tengok tajuk dekat atas itu pun agak aneh sedikit .
Apa yang aku cuba kongsikan adalah peristiwa tadi pagi .


Aku tersedar daripada mimpi . Saat aku terjaga , mataku kelip-kelip memandang syiling rumah yang entah cantik atau tidak . Lalu , berbagai persaan menerawang dalam benakku . Jam 12 ? hantu ? suara halus? dan macam-macam lagi. Aku memberanikan diri untuk bangun berdiri . Hendak tengok telefon bimbitku ,alamak semalam aku letaknya pula di atas meja . Jam dinding ku kerling . SubahanaALLAH  !!
pukul 4:00 pagi .

Aku baring semula . Kemudian , menarik selimut menutupi seluruh tubuh . Persoalan bermain dalam fikirnku .
' Allah sudah bangunkan aku . Mungkin ini suruhan untuk aku qiamulai. ' Dengan persaan bersalah , aku berfikir lagi , ' Mau qiam ? tidak? qiam? tidak ? qiam? tidak ? kalau laku qiam nanti boleh sambung subuh terus ...' Syaitan terus menerus mengasak hati aku . Akhirnya , aku mengambil keputusan untuk terus terlelap  dan bertekad untuk bangun pukul 4:30 nanti untuk melakukan qiam . Setelah aku terlelap dan bangun semula .....

YA ALLAH !!!! 8:00 pagi !!!!

Sungguh , aku merasa diri aku hina dan berdosa . Tuhan memberi aku kesempatan untuk bangun di awal pagi untuk melakukan qiam serta bersujud kepada-NYA . Tapi aku tidak menghargai apa yang dipanggil peluang . Aku mulai merasa takut . Mungkin itu waktu terakhir aku diberi kesempatan untuk bangun awal mengerjakan qiam . Mungkin aku dijemput ajal selepas ini . Ya Allah ....
Berilah aku kesempatan lagi untuk bangun seperti hari ini untuk beribadah kepadaMU .
InsyaAllah , tidak akan aku ulangi episod dosa itu lagi . Aku takut azabMU Ya Allah.

Inilah pengajaran dan renungan untuk aku agar sentiasa bersyukur dan menghargai setiap nikmat serta peluang yang Allah beri , yang Allah kurniakan . Jangan jadi alpa . Melayan nafsu serakah dan kalah dengan bisikan syaitan .

Dengan harapan , Allah akan terus memberi aku peluang seperti ini .
This is a  lesson i learn today ...

ALHAMDULILLAH ...