Wednesday 20 November 2013

Harapan yang berendam

Tak tahu mahu mula bagaimana atau dari mana ...
Aku hanya mampu coret saja .. apa terbuku di hati ..

Aku nak ubah cara hidup keluarga aku . Aku nak ajak mereka semua lebih dekatkan diri dgn Allah .
Tapi , aku hanya seorg anak . Mahukah kedua ibubapa aku sendiri menurut kemahuan aku . ?
Hasrat utk aku merantau jauh selepas SPM nnti sudah aku beritahu umi aku . 
Aku tahu dia tdak mahu berjauhan dgn aku . 
Aku cuma mahu menambah ilmu didada .
tapi apa cara lagi aku mahu menuntut ilmu agama Islam kalau setiap kali keinginan aku , ada saja ditepis oleh alasan umi . Apa salah aku ..? Salah kah aku mahu tuntut ilmu Agama . 
Sehinggakan aku mahu menuntut ilmu di skolah pondok pun , umi tdak mmbenarkan kerana takut aku terpengaruh ajaran sesat .
Asragfirullah , aku tdak mahu bercerita lebih kerana takut mengaibkan ibu sendiri .
tetapi percayalah , wahai blog ... aku teringin menambah ilmu Islam didada dengan merantau ..
Ya persoalan bagi org lain : knapa tdak di tempat sendiri??
di tempat aku ini , susah untuk ikut 100 peratus Islam . Mungkin ya aku akur mungkin sbb adat .
Jujur aku katakan , manusia di negeri aku terlalu banyak etnik, agama , budaya , kaum .. Sbb itu terlalu pentingkan adat dan pantang larang . Apa yang terpancul keluar daripada mulut para nenek moyang yg berpegang pada adat , semua percaya . Ya aku tahu tdak semua begitu . tetapi 50 pratus adat 50 pratus Islam yg mereka praktikkan . Ada pula yg langsung tdak mempraktikkan cara Islam . Sehinggakan 
sanggup beranggapan .. kdang2 amalan Islam itu sesat ... sedangkan mereka sendiri tdak belajar , tdak teroka Islam yg mempunyai mazhab , tdak mendalami Islam sedalamnya .
Aku tdak berniat memburukkan bangsa aku sendiri , cuma ... Aku mohon .... 
Ya Allah , berilah kesedaran buat umatMU ini agar berpegang teguh kepada Islam dan Taat akan PerintahMU..
Aku bercita-cita utk jadi seorg pemuda yg hebat dalam menegakkan syiar Islam . Siapa yg tdak ingin syahid di jalan Allah . 
Semoga Allah permudahkan segala urusanku ...dan dipermudahkan juga segala kepayahan hidupku

No comments:

Post a Comment